Ahad, 8 Januari 2017

PENGEMASKINIAN MAKLUMAT PERIBADI BAGI TUJUAN PENGIRAAN PCB MULAI 2017

Jabatan Akauntan Negara melalui buletin e-SPKB, rujukan surat ANM.PK.P/P. 600-5 Jld.9 (38) bertarikh 30 Disember 2016 memaklumkan bahawa pihak BPTM Putrajaya telah membuat pengemaskinian amaun pelepasan daripada RM1,000.00 kepada RM2,000.00 bagi setiap satu tanggungan pegawai sedia ada di dalam sistem Payroll GFMAS mulai 1 Januari 2017.

Sehubungan dengan itu pindaan juga perlu di buat melalui Borang Lampiran A - Borang Kemaskini Maklumat Peribadi PCB 2017 supaya sama seperti pengiraan pelepasan tanggungan pada sistem GFMAS.

Sekian, terima kasih.

Untuk keterangan lebih lanjut, sila muat turun surat ini :
http://www.ppdkualakangsar.edu.my/v2/attachments/article/2091/Pengemaskinian%20Maklumat%20Peribadi.pdf

MAKLUMAN JADUAL GAJI TAHUN 2017 DAN KAWALAN DALAMAN PENGURUSAN DOKUMEN YANG DIHANTAR KE UNIT GAJI, JANM PERAK

Jabatan Akauntan Negara melalui buletin e-SPKB, rujukan surat ANM.PK.P/P. 600-5 Jld.9 (28) bertarikh 20 Disember 2016 memaklumkan bahawa peraturan peraturan Kawalan Dalaman Pengurusan Dokumen yang di hantar ke Unit Gaji, Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Cawangan Ipoh masih BERKUATKUASA dan perlu diambil PERHATIAN oleh semua Jabatan/Pusat Tanggungjawab/ Pusat Pembayar.

Sebarang ketidakpatuhan kepada peraturan di atas, pihak JANM Perak berhak menolak proses kunci masuk maklumat gaji ke sistem Payroll GFMAS untuk bulan tersebut.

Sekian, terima kasih.

Untuk keterangan lanjut, sila muat turun surat ini :
http://www.ppdkualakangsar.edu.my/v2/attachments/article/2088/Jadual%20Gaji%20Tahun%202017.pdf 

PENYEMAKAN GAJI BULAN FEBRUARI 2017

Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar akan membuat penyemakan SG20 bulan Februari 2017 seperti tarikh di bawah :


Tarikh  : 09 hingga 10 Januari 2017
Hari  : Isnin dan Selasa
Masa  : 08.00 pagi hingga 01.00 Tengahari
Tempat  : Bilik Seri Mahkota, PPD Kuala Kangsar

Bagi sekolah-sekolah yang mempunyai masalah berkaitan perubahan gaji bulan berkenaan dan sebagainya, bolehlah berhubung terus dengan Kakitangan Sumber masing-masing pada tarikh dan masa yang ditetapkan.

Senarai Kakitangan Sumber :

1. Encik Abd Rahman bin K. Wahab - SJKT Gandhi Kalasalai, Sg Siput (U)
2. Encik Razemi bin Mat - SMK Datuk Haji Abdul Wahab, Sg Siput (U)
3. Encik Syaiful Azanizam bin Ibrahim - SK Perlop 1, Sg Siput (U)
4. Encik Abu Bakar bin Khalid - SK Pos Sungai Pelantok, Sg SIput (U)
5. Pn. Zamnah bt. Jauhari - SJKC Simpang Jalong, Sg SIput (U)
6. Hjh Sharifah Radziah bt Syed Musa - SMK Bukit Merchu, Kuala Kangsar
7. Pn. Norazian bt Zakaria - SK Manong, Manong
8. Pn. Sarina bt Sulaiman - SMJK Tsung Wah, Kuala Kangsar
9. Pn. Asmah bt Muhd Taha - SMK Raja Perempuan Kelsom, Kuala Kangsar
10. Pn. Rosnani bt Alias - SK Perempuan, Padang Rengas

Sekian, terima kasih

Isnin, 7 November 2016

MAKLUMAT / HEBAHAN LARIAN HARI KEPUTERAAN SULTAN NAZRIN SHAH 2016

Pihak Jawatankuasa Penganjuran mempelawa warga dan bukan warga Malaysia mengambil bahagian dalam program Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah 2016 sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang akan diadakan seperti jadual di bawah.

TARIKH : 13 NOVEMBER 2016 (AHAD)

MASA MULA : 6.45 PAGI

TEMPAT : DATARAN PAVILLION, JALAN TUN RAZAK, KUALA KANGSAR

KATEGORI PENYERTAAN :

1. Lelaki Terbuka (18 tahun & keatas)
2. Lelaki Veteran (40 tahun & keatas) 
3. Wanita Terbuka (18 tahun & keatas)
4. Wanita Veteran (35 tahun & keatas)
5. Lelaki Terbuka (16 tahun & keatas)
6. Wanita Terbuka (16 tahun & keatas)
7. Remaja Lelaki (13 tahun & keatas)
8. Remaja Perempuan (13 tahun hingga 15 tahun)

maklumat lanjut sila muaturun surat hebahan di bawah

PENYEMAKAN GAJI BULAN DISEMBER 2016

Unit Kewangan PPD Kuala Kangsar melalui suratnya  PPD.KK.02/08/ SG20/Jld.5 (20) bth. 2 November 2016 adalah berkaitan perkara di atas.

Dimaklumkan bahawa penyemakan gaji bulan Disember 2016 akan diadakan seperti ketetapan di bawah :

Tarikh : 08 - 09 November 2016

Masa : 08.00 pagi hingga 01.00 tengahari

Tempat : Bilik Seri Mahkota PPD Kuala Kangsar

Sebarang kemusykilan tuan/puan mengenai gaji dan kewangan boleh berjumpa dengan Kakitangan Sumber Kewangan dan Akaun Sekolah (KSKA) pada hari yang berkenaan. 

Sekian, terima kasih.

Khamis, 3 November 2016

LAWATAN PENANDA ARAS KEPTAN KUALA KANGSAR KE BAHAGIAN PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET KEMENTERIN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEPTAN Kuala Kangsar akan mengadakan lawatan Penanda Aras ke Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset Kementerian Pendidikan Malaysia seperti ketetapan di bawah :

Tarikh : 17 dan 18 November 2016
Penginapan : WH Hotel, Kuala Lumpur
Tambang : RM50.00 seorang

1. Lawatan adalah terbuka kepada Ahli yang berminat.
2. Tempat adalah terhad (31 tempat duduk) sahaja.
3. Surat panggilan rasmi akan dikeluarkan oleh pihak Pejabat Pendidikan  
    Daerah Kuala Kangsar kepada ahli rombongan.
4. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi Pengerusi Biro 
    Lawatan, Pn Zurita bt. Othman di talian 019-3926997.

Tempat adalah terhad dan janganlah lepaskan peluang anda..

Sekian dimaklumkan.

Pengerusi KEPTAN Kuala Kangsar

PERMOHONAN PENGIRAAN SEMULA FAEDAH PERSARAAN

Jabatan Pendidikan Perak melalui suratnya J.Pend.Pk.(AM) 1933/20 Jld.31 (82) bth. 2 November 2016 adalah berkaitan.

Sila muaturun surat di bawah dan mengemukakan permohonan pegawai yang terlibat beserta dokumen yang dikehendaki ke Unit Perjawatan dan Perkhidmatan dengan kadar segera. Sebarang pertanyaan sila berhubung terus dengan unit berkenaan ditalian 05-5015051 / 5015052.

Sekian, dimaklumkan.