Rabu, 21 September 2011

Kemeriahan Suasana Hari Raya

JEMPUTAN KE MAJLIS JAMUAN AIDILFITRI

Jawatankuasa KEPTAN Cawangan Kuala Kangsar dengan sukacitanya menjemput Dato'/Datin/Tuan/Puan/Saudara/Saudari ke Majlis Jamuan Aidilfitri Tahunan yang akan diadakan seperti kenyataan banner di atas.
Dengan kehadiran Dato'/Datin/Tuan/Puan/Saudara/Saudari dapat memeriahkan lagi majlis ini disamping dapat mengeratkan tali silatulrohim sesama kita. Dalam kesempatan ini juga Jawatankuasa KEPTAN ingin memohon kemaafan diatas segala salah silap, keterlanjuran kata kami sepanjang menguruskan perjalanan KEPTAN Cawangan Kuala Kangsar ini. Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri  Maaf Zahir & Batin.

Ahad, 11 September 2011

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2011


AJK KEPTAN Kuala Kangsar yang telah bermesyuarat pada 9 September 2011 telah memutuskan untuk mengadakan majlis sambutan hari raya aidilfitri seperti ketetapan di bawah ini.
          Tarikh   : 23 September 2011 bersamaan 25 Syawal 1432 (Hari Jumaat)
          Masa    : 4.00 petang
          Tempat : Perak Riverside Resort, Kuala Kangsar.
Sehubungan dengan ini mohon kerjasama tuan/puan untuk menyumbangkan RM13.00 seorang bagi menjayakan majlis ini dan tuan/puan juga dijemput hadir ke majlis tersebut. Segala sumbangan boleh dihantar kepada senarai di bawah pada atau sebelum 22 September 2011. Kerjasama tuan/puan , terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih. Semoga kehadiran tuan/puan dapat memeriahkan lagi majlis ini demi mengiratkan sillatulrohim.
           Zon Manong              -En. Mohamad Azli bin Abd Hamid (SMK Sultan Tajul Ariffin, Manong)
           Zon Pdg. rengas         -Pn. Noorzila bt. Mokhtar (SMK Tun Perak, Pdg. Rengas)
           Zon Sg. Siput(U)        -En. Razemi bin Mat (SJKC Simpang Jalong, Sg. Siput U )
           Zon Kuala Kangsar    -Pn. Asmah bt. Mohd Taha (SMK Raja Perempuan Kelsom, K.Kangsar)

PERSIDANGAN KEPTAN KEBANGSAAN TAHUN 2011

Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin buat semua warga KEPTAN Kuala Kangsar. Tahniah atas kejayaan beribadah kepada Allah SWT di Ramadan yang baru berlalu. Semoga Ramadan yang berlalu juga telah berjaya mengubah sempadan IMAN kita kepada yang lebih baik. Untuk makluman warga KEPTAN, Persidangan Perwakilan Tahunan KEPTAN 2011, insyaalah akan diadakan di Hotel Naza Talyya, Melaka pada 16 hingga 17 September 2011. Selamat bersidang kepada perwakilan, lontarkan idea-idea yang bernas demi masa depan KEPTAN. KEPTAN Terus Maju.

Sabtu, 27 Ogos 2011

LAWATAN KERJA KE MELAKA BANDAR BERSEJARAH


KEPTAN Kuala Kangsar akan menganjurkan lawatan kerja ke Negeri Melaka pada 17 dan 18 September 2011. Lawatan kerja ini diprogramkan oleh Biro Lawatan sempena mesyuarat agung keptan pusat yang akan berlangsung di negeri berkenaan. Ahli-ahli yang mengikuti lawatan ini akan diberi peluang melihat para perwakilan membentang dan membahaskan isu-isu yang telah diluluskan diperingkat negeri masing-masing. Untuk makluman, agenda lawatan adalah seperti di bawah ;

17 September 2011. - 6.30 pagi             : Berkumpul di perkarangan PPD Kuala Kangsar. 
                                 - 6.45 pagi             : Bertolak ke Melaka.
                                 - 12.00 tengahari    : Sampai di Melaka / makan tengahari.
                                 - 2.00 petang         : Chek In (Hotel).
                                 - 4.30 petang         : Lawatan sekitar bandar Melaka.
                                 - 7.00 malam         : Makan malam / acara bebas.
18 September 2011. - 7.00 pagi             : Sarapan pagi.
                                 - 8.30 pagi             : Mesyuarat Perwakilan.            
                                 - 1.30 tengahari      : Chek Out.                       

Sebarang pindaan agenda akan dimaklumkan segera oleh pihak urusetia program. Untuk sebarang pertanyaan dan borang penyertaan boleh berhubung terus dengan En. Abd Rahman (013 4437987), En. Razemi (019 5429502) dan En. Suhaimi (012 5605148). 
 




   



Rabu, 15 Jun 2011

Gerhana Bulan Penuh dari lensa iPhone 4


Fenomena gerhana bulan penuh akan berlaku di angkasaraya Malaysia pada 16 Jun 2011 diantara jam 1.00 pagi hingga 7.00 pagi. Pada waktu ini kedudukan bumi, bulan dan matahari berada dalam keadaan lurus (selari). Inilah tanda kekuasaan Allah SWT Yang Maha Berkuasa tentang alam dan kejadiannya.
Mungkin ada benarnya bicara rakan-rakan bahawa fenomena gerhana bulan sering mempunyai kaitan dengan gempa bumi, misalnya kejadian gempa bumi yang berlaku baru-baru ini di Sumatera pada pagi Selasa, 14 Jun 2011 dan sehari sebelum itu berlaku juga di Indonesia dan Christchurch, New Zealand. Semuanya harus kita fikirkan..?
Inilah kebesaran Allah SWT yang mesti kita diam sesaat memikirkan seperti sabda Rasulullah SAW, Sesungguhnya matahari dan bulan adalah tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Kedua-duanya tidak gerhana disebabkan matinya seseorang atau disebabkan lahirnya. Tetapi kedua-duanya merupakan dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah menakutkan hamba-hambanya. Apabila engkau melihat perkara tersebut hendaklah engkau solat dan berdoa sehingga gerhana itu hilang pada pandangan (HR Bukhari dari Abi Barkah).
Cara solat sunat gerhana di sini > Solat Sunat Gerhana Matahari/Bulan Ustaz Rasul Dahri
Bacaan lain yang menarik - Kajian Al-Biruni, Al-Battani dan Abu A`I-Wafa al-Buzjani ke atas fenomena  Gerhana Bulan.
  

Most beautiful Quran recitation