Rabu, 27 Mac 2013

PENAMBAHBAIKAN JADUAL GAJI MINIMUM-MAKSIMUM BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN DI BAWAH SISTEM SARAAN MALAYSIA

Sila muat turun pekeliling berkenaan untuk bacaan selanjutnya.

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2013
Penambahbaikan Jadual Gaji Minimum - Maksimum Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia

Muat turun pekeliling di sini : http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2013/pp022013.pdf

PEMERIKSAAN KESIHATAN BAGI MAKSUD PELANTIKAN KE DALAM PERKHIDMATAN AWAM

Sila muat turun pekeliling berkenaan untuk bacaan selanjutnya.

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1/2013
Pemeriksaan Kesihatan Bagi Maksud Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam

Muat turun pekeliling di sini : http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2013/pp012013.pdf

PELANTIKAN PENGARAH PELAJARAN PERAK


YBHG TUAN HAJI MUHAMAT ROLI BIN HAJI HASSAN
PMP, AMN, AMP
 
 
TAHNIAH !!!
atas lantikan sebagai Pengarah Pelajaran Negeri Perak
 
daripada KEPTAN Kuala Kangsar


Ahad, 24 Mac 2013


MAKLUMAT AKAUN SEKOLAH
 
 
 

Perhatian dan ingatan penting..!!!!

Kepada semua Pembantu Tadbir di sekolah Daerah Kuala Kangsar sekali lagi diingatkan bahawa PPD Kuala Kangsar (Unit Kewangan) mengarahkan supaya mengemukakan satu salinan penyata akaun mengikut Kumpulan Wang Sekolah (Kerajaan, SUWA dan Asrama) selewat-lewatnya hari ini 25 Mac 2013 (ISNIN).
Kepada Pembantu Tadbir yang telah berbuat demikian diucapkan ribuan terima kasih dan selamat menjalankan tugas. Semoga Allah s.w.t memberikan ganjaran pahala diatas komitmen anda semua. 

Jumaat, 15 Mac 2013

Mesyuarat Jawatankuasa KEPTAN Bil. 1/2013

                                   Tarikh   : 15 Mac 2013
                                   Masa    : 3.00 Petang
Tempat : Cafeteria Rumah Rehat Kuala Kangsar
                                   Agenda : i) Ucapan Pengerusi
                                                  ii) Mengesahkan Minit Mesyuarat
                                                 iii) Perkara Berbangkit
                                                 iv) Penetapan Mesyuarat Agong
                                                  v) Hal-hal Lain
 










SURAT EDARAN BESERTA SURAT PEKELILING KEWANGAN BILANGAN 8 TAHUN 2012 (SPK 8 / 2012)

 


Dimaklumkan bahawa satu Surat Edaran dan Surat Pekeliling Kewangan
Bilangan 8 Tahun 2012 telah dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) iaitu pekeliling berkenaan Garis Panduan Pengurusan Kewangan Persekolahan
Ke Sekolah Berdasarkan Per Kapita Dan Enrolmen Murid.

Untuk makluman, garis panduan ini menerangkan tatacara pengurusan kewangan bagi
sembilan (9) jenis bantuan persekolahan yang perlu dipatuhi oleh semua
pihak sekolah. Sehubungan dengan itu, mohon pihak sekolah agar memuat-turun surat
pekeliling berkenaan bagi membantu pihak sekolah dalam pengurusan kewangan
dan perakaunan sekolah pada tahun 2013 ini.

Untuk memuat-turun surat edaran dan surat pekeliling berkenaan sila klik pada pautan
dibawah :


Sekian, terima kasih...

BAKI PERUNTUKAN GERAN PER KAPITA (PCG) DAN BANTUAN MAKANAN ASRAMA (BMA) TAHUN 2012


Adalah dimaklumkan bahawa satu surat edaran telah dikeluarkan oleh Bahagian Kewangan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berkenaan baki peruntukan geran per kapita (PCG) dan bantuan makanan asrama (BMA) untuk diedarkan kepada sekolah-sekolah.

Untuk memuat-turun surat edaran berkenaan sila klik pada pautan dibawah : -

http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/circularfile/2013/circularfile_file_001005.pdf

Sebarang persoalan berkenaan perkara di atas pihak sekolah boleh menghubungi pihak Audit Sekolah Taiping atau hubungi pihak Unit Akaun, Jabatan Pelajaran Negeri Perak (JPNP).

Sekian, terima kasih.

PELAPORAN BUTIRAN BANTUAN PERSEKOLAHAN LAIN (BPL) DALAM SISTEM PENYATA AKAUN TAHUNAN SEKOLAH SECARA BERKOMPUTER (PATSKOM)



Untuk makluman semua, satu surat edaran telah dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berkenaan butiran Bantuan Persekolahan Lain (BPL) yang melibatkan penambahbaikan dalam menyediakan laporan tahunan ke dalam sistem Penyata Akaun Tahunan Sekolah Secara Berkomputer (PATSKOM).

Sila klik pada pautan di bawah untuk memuat-turun surat edaran berkenaan : -


Sehubungan dengan itu, diharap semua pihak sekolah dapat mengambil maklum tentang surat berkenaan dan sedikit sebanyak dapat membantu pihak sekolah dalam urusan penyediaan laporan tahunan PATSKOM sekolah masing-masing.

Sekian, terima kasih.

Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Kangsar

SELAMAT BERTUGAS DI PPD KUALA KANGSAR
daripada Warga KEPTAN Kuala Kangsar


TUAN HAJI ADNAN BIN REJAB
PEGAWAI PELAJARAN DAERAH KUALA KANGSAR



ENCIK SAFUAN BIN HAJI RABA'AI
TIMBALAN PENGAWAI PELAJARAN DAERAH KUALA KANGSAR