Ahad, 21 April 2013

PENDAFTARAN PERALATAN ICT BAGI PENERIMAAN PEROLEHAN ASET ALIH DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


Makluman daripada Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) bertarikh 18hb April 2013. Minta kerjasama semua sekolah untuk memuat turun surat siaran daripada Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset (BPPA) , Kementerian Pelajaran Malaysia untuk tindakan selanjut.

Sekian, terima kasih.
 
http://pelajaranperak.gov.my/perak/attachments/article/307/SURAT-SIARAN-PENDAFTARAN-PERALATAN-ICT.pdf
   

PELAKSANAAN PENAMBAHBAIKAN JADUAL GAJI MINIMUM - MAKSIMUM BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM DI BAWAH SSM MENGIKUT PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 2 TAHUAN 2013

Surat Jabatan Pelajaran Perak, J.Pel.Pk.(AM)4931/Jld.3(45) bth 15 April 2013 memaklumkan, semua sekolah hendaklah menyediakan dua(2) jenis Penyata Perubahan (Kew.8) bagi setiap anggotanya iaitu:
 
1) Kew.8 Pemindahan Gaji Dalam Penambahbaikan Struktur Jadual Gaji Minimum-Maksimum (JGMM) yang baru mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2013 mulai 1 Januari 2013; dan
 
2) Kew.8 Pergerakan Gaji Tahun 2013 (termasuk pegawai yang berada di gaji maksima pada tahun 2012) mengikut Kadar KGT atas gred masing-masing tertakluk kepada Jadual Maksima di dalam PP 2 Tahun 2013.
 
Pegawai yang tidak perlu disediakan Kew.8 Pemindahan Gaji Dalam Penambahbaikan Struktur Jadual Gaji Minimum-Maksimum (JGMM) baru ini adalah pegawai yang tidak layak seperti dinyatakan di perenggan 7 pekeliling tersebut iaitu:
 
a) Pegawai yang masih berkhidmat di bawah saraan Laporan Gaji Jawatankuasa Kabinet (JKK) 1976 atau Sistem Saraan Baru (SSB).
b) Pegawai Yang Dikenakan Tindakan Tatatertib dengan Hukuman Buang Kerja berkuat kuasa pada atau sebelum 1 Januari 2013.
c) Pegawai yang bersara pada atau sebelum 1 Januari 2013.

Dimaklumkan kepada semua Sekolah-Sekolah Menengah Harian bahawa urusan memproses kelulusan Kew.8 Pelaksanaan Penambahbaikan Jadual Gaji Minimum - Maksimum akan diadakan serentak dengan operasi kelulusan Kew.8 Pergerakan Gaji tahun 2013.

Untuk ulasan selanjutnya sila muat turun di sini :http://pelajaranperak.gov.my/perak/attachments/article/306/UPP,%20JGMM%20Gaji%20Min%20Max%202013.pdf 





Khamis, 11 April 2013

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KEPTAN KALI KE16



     SELAMAT MENGHADIRI MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KEPTAN KE16

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung KEPTAN Cawangan Kuala Kangsar Kali Ke-16 akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh   : 16 April 2013 (Selasa)
Masa    : 10.30 Pagi
Tempat : Dewan Kuliah Kolej Komuniti Sungai Siput (U) Perak
Perasmi : Tn. Haji Mohd Idris bin Haji Ramli
               Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Perak 

Antara agendanya ialah pencalonan ke Persidangan Perwakilan dan Usul-usul jika ada untuk dibahaskan.  

*Kenyataan ini dikeluarkan mengikut peraturan 32 perlembagaan kesatuan.


BORANG CAPAIAN SISTEM eSPKWS

PPD melalui suratnya bth 10 April 2013 memaklumkan bahawa semua Ketua Pembantu Tadbir/Pembantu Tadbir yang menguruskan Kumpulan Wang Sekolah (Kerajaan, SUWA, Asrama) dan Pengetua/Guru Besar wajib mengisi dan menghantar borang capaian untuk mengekses sistem eSPKWS.

Bagi Pembantu Tadbir, ruangan Perakuan Pengesahan Ketua Jabatan perlu disahkan oleh Pengetua/Guru Besar.
Manakala Pengetua/Guru Besar, ruangan Perakuan Pengesahan Ketua Jabatan pula akan disahkan oleh PPD.

Borang Capaian tersebut hendaklah dihantar ke PPD (u.p:Unit Kewangan) sebelum atau pada 12 April 2013, hari Jumaat.
Borang Capaian boleh dimuat turun di sini http://ppdkualakangsar.edu.my/gerbang/wp-content/uploads/2013/04/Borang-Capaian.pdf 

Info-Info terkini mengenai eSPKWS boleh akses di  http://www.moe.gov.my/spkws/login.php

Selasa, 9 April 2013

SENARAI KAKITANGAN BERGAJJI KUP & MAKLUMAN PERUBAHAN KUMPULAN TANGGAGAJI

JANM Perak melalui suratnya ANM.PK.P/P.600-5 Jld.2 (22) bth 8.4.2013 telah memaklumkan mengenai penambahbaikan Jadual Gaji Minimum-Maksimum (JGMM) bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan di Bawah SSM melalui PP Bil.2 Tahun 2013, kumpulan tanggagaji dalam Sistem GFMAS-PAYROLL telah diubah daripada 04 iaitu SSM(B) kepada 05 iaitu SSM(T). Perubahan ini merujuk kepada medan 27 dalam Borang SG20.

Oleh yang demikian, berkuatkuasa serta-merta semua SG20 yang dihantar selepas tarikh ini perlu menggunakan kumpulan tanggagaji 05 kecuali bagi kakitangan bergaji KUP yang diluluskan oleh pihak JPA, yang masih mengekalkan penggunaan kumpulan tanggagaji 04.

Untuk penjelasan lanjut mengenai kakitangan bergaji KUP, sila rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bil 2 Tahun 2013 dalam para 9 dan 12. Sekiranya tiada terlibat PTJ/Pusat Pembayar tidak perlu mengambil apa-apa tindakan.

Sekian, dimaklumkan

BORANG MENGEMASKINI MAKLUMAT PERIBADI BAGI TUJUAN PCB & PANDUAN SG20 UNTUK ZAKAT LUAR SISTEM

Jabatan Akauntan Cawangan Perak melalui suratnya ANM.PK.P/P.600-5 Jld. 2(21) bth 8.4.2013 telah memaklumkan pihaknya telah selesai melaksanakan aktiviti update SAP Kernel dan SAP Support Pack dalam sistem GFMAS-PAYROLL bagi keperluan pengiraan KWSP bagi caruman majikan dan pengiraan Potongan Cukai Bulanan (PCB) untuk pegawai awam Persekutuan.

Sehubungan dengan itu Pusat Pembayar dikehendaki mengemaskini maklumat peribadi bagi tujuan pengiraan potongan PCB menggunakan Borang Baru yang boleh dimuat turun di sini  http://portalpp.anm.gov.my/perak/wp-content/uploads/2012/08/Borang-Peribadi-PCB.pdf

Antara penambahbaikan tersebut adalah seperti Kategori 3 bagi Duda/Janda/Balu, Bujang dengan Anak Angkat dan lain-lain.

Untuk makluman, pembayaran zakat di luar sistem boleh diambil kira dalam pengiraan potongan PCB dengan syarat resit rasmi tersebut adalah resit tahun semasa. Salinan resit berkenaan yang telah disahkan perlu dikepilkan bersama borang perubahan SG20. Contoh SG20 boleh dilihat di sini :
http://ppdkualakangsar.edu.my/gerbang/wp-content/uploads/2013/04/Lampiran-D.pdf

Sekian, harap maklum.