Rabu, 31 Disember 2014

PEMBETULAN KE ATAS TARIKH BAYARAN IMBUHAN TAHUNAN/ BAYARAN KHAS PRESTASI/BAYARAN KHAS CONTRACT FOR SERVICE BAGI TAHUN 2014

Jabatan Akauntan Negara Cawangan Perak melalui surat ANM.PK.P/P.600-5 JLD.4 (54) bth.31.12.2014 memaklumkan mengenai perkara diatas.

Dengan segala hormatnya buletin JANM Negeri Perak ruj. ANM.PK.P/P.600-5Jld.4(53) bertarikh  30 Disember 2014 adalah dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa terdapat perubahan ke atas tarikh pembayaran imbuhan tahunan /bayaran khas prestasi/bayaran khas Contract For Service bagi tahun 2014.Tarikh sebenar bayaran tersebut adalah tertakluk kepada tarikh yang akan ditetapkan oleh pihak yang berkuasa (Kementerian Kewangan) yang akan dimaklumkan kemudian

Sekiranya terdapat sebarang pembetulan ke atas gaji pokok atau elaun memangku seperti yang dinyatakan dalam Laporan Perkiraan Bonus, PTJ/ Jabatan perlu memastikan Kew.8 dihantar bersama-sama Borang Perubahan Gaji (SG20) mulai perubahan gaji bulan Februari 2015.

Sekian,terima kasih dan harap maklum.

PENGARAH
JABATAN AKAUNTAN NEGARA 
NEGERI PERAK

NOTIS MAKLUMAN KWSP e-CARUMAN MULAI JANUARI 2015

Jabatan Akauntan Negara Cawangan Perak melalui surat ANM.PK.P/P.600-5 JLD.4 (51) bth.23.12.2014 memaklumkan mengenai e-Caruman KWSP mulai Januari 2015.

Dimaklumkan bahawa berkuatkuasa bulan Januari 2015,pihak KWSP tidak akan menerima sebarang penghantaran Borang A yang dicetak secara manual.

Berikutan itu, Ketua Jabatan/Ketua PTJ yang terlibat diminta untuk menggunakan saluran penghantaran Borang A secara online melalui kemudahan e-Caruman sekiranya terdapat Pekerja Kontrak/Pekerja Sambilan Harian yang masih menggunakan Borang A secara manual yang dibayar menggunakan baucar bayaran (K6).

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkenaan tentang notis tersebut, sila hubungi pihak ibu Pejabat KWSP ditalian 03-2694 6566 iaitu:

(a)Puan Rohani                    (samb.2371)
(b)Puan Rabiyatul Fazaria     (samb.2695)
(c)Cik Noratiqah                  (samb.6276)
(d)Puan Noor Asyikin           (samb.2785)

Selain daripada itu juga, Ketua Jabatan/Ketua PTJ yang terlibat boleh mendapatkan risalah dan soalan lazim berkenaan e- Caruman pada pautan majikan dilaman web KWSP (www.kwsp.gov.my).

Sekian, terima kasih.

PENGARAH
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERAK





Jumaat, 3 Oktober 2014

BENGKEL SISTEM PERAKAUNAN KUMPULAN WANG SEKOLAH SECARA ELEKTRONIK (e-SPKWS) SIRI 2/2014

Dimaklumkan bahawa KEPTAN Kuala Kangsar akan cuba menganjurkan bengkel e-SPKWS Siri 2 bagi tahun 2014 pada hujung bulan ini. Sehubungan dengan itu minta kerjasama ahli yang belum mengikuti kursus ini, sila berhubung terus dengan Timbalan Pengerusi untuk urusan pendaftaran peserta.

Bagi penyediaan bahan dalam bengkel berkenaan, pastikan dokumen di bawah telah lengkap ;

1. Nombor ID Pengguna masih aktif.
2. Penyata Akaun Tahun 2013 (PATSKOM) beserta Buku Subsidiari sama.
3. Baucer bayaran Tahun 2014 dan segala dokumen pembayarannya.
4. Buku cek
5. Cetakan manual pengguna dan nota ceramah eSPKWS
6. Alatulis dan Kalkulator
7. Komputer riba, wayar penyambung  dan broadband (jika ada)
-
Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Timbalan Pengerusi di talian:
SMK Sultan Tajul Ariffin, Manong : 05-7438000 
H/pon : 019-4915757 ( 8.00 pagi - 5.00 petang )
WhatApps - Ahli KEPTAN : 019-4915757 ( Admin )

Sekian, terima kasih.

HARI ARAFAH TAHUN 2014







Selasa, 30 September 2014

PERINGATAN MESRA: PEMATUHAN ETIKA PAKAIAN PENJAWAT AWAM

Postmaster Kementerian Pendidikan Malaysia
Dihantar: 29 Ogos 2014 11:10
Kepada: KPM

Salam 1 Malaysia,

Pematuhan Etika Pakaian Penjawat Awam


Berdasarkan pemerhatian dan pemantauan BKP, didapati terdapat ketidakpatuhan Etika Berpakaian Penjawat Awam dikalangan warga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Berikut adalah antara ketidakpatuhan yang kerap dilakukan oleh warga iaitu :

     a. Penjawat awam wanita memakai blouse pendek, berseluar ketat dan tidak memakai butang baju sehingga menjolok mata;

     b. Penjawat awam lelaki berambut panjang;  dan

     c. Penjawat awam memakai selipar dan tidak memakai tanda nama.

2.     Merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1985, jelas menerangkan mengenai Pakaian Masa Bekerja dan Semasa Menghadiri Upacara-Upacara Rasmi Bagi Pegawai-Pegawai Awam.

Selain itu, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2006 (Fesyen Pakaian Alternatif Sebagai Pakaian Semasa Bekerja dan Menghadiri Upacara Rasmi), 1 Tahun 2008 (Pemakaian Pakaian Batik Malaysia Oleh Pegawai Awam Pada Hari Khamis dan 9 Tahun 2013 (Pamakaian Two/Three - Piece Suit Pants Bagi Pegawai Awam Wanita Semasa Bekerja) turut menggariskan berhubung pakaian yang dibenarkan dipakai oleh penjawat awam semasa bertugas.

3.       Sehubungan dengan itu, warga adalah diingatkan supaya mematuhi etika pakaian seperti yang digariskan oleh Pekeliling di atas. Ketua Jabatan dipohon untuk memantau perkara ini dan mengambil tindakan terhadap pegawai yang gagal mematuhi etika pakaian penjawat awam.

4.     Perhatian dankerjasama tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.         

Sekian, terima kasih

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN (PELAJARAN)
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Isnin, 29 September 2014

PETUNJUK GAJI MINIMUM DAN MAKSIMUM BAGI PPP DALAM PROFIL PERKHIDMATAN HRMIS

Jabatan Pendidikan Perak (Unit HRMIS) melalui portal rasmi memaklumkan kepada semua Pentadbir HRMIS Pejabat Pendidikan Daerah dan Sekolah kaedah penyelesaian kepada masalah Kemasukan Gred Gaji.

Sila rujuk kepada attachments di bawah dan diminta kemaskini Profil Perkhidmatan CO kepada maklumat data yang tepat.

Sekian, harap maklum.


 


Ahad, 28 September 2014

LAWATAN PENANDA ARAS KE JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)

Lawatan penanda aras ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Bahagian Pasca Perkhidmatan di Putrajaya pada 11 September 2014 (Khamis) telah berjaya mencapai objektif dengan taklimat padat yang di berikan oleh Penolong Pengarah di  Bahagian Pasca Perkhidmatan.

Terima kasih kepada Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar yang memberikan pelepasan kepada peserta yang mengikuti lawatan ini.




Rabu, 23 Julai 2014

PENYEDIAAN KEW.8 BAYARAN INSENTIF TAWARAN BAHARU DIBAWAH NKRA PENDIDIKAN DI SEKOLAH-SEKOLAH KPM

JPN, Perak melalui surat J.Pel.Pk(AM)4931/5/Jld.4 (2) bth.23.7.2014 memaklumkan mengenai penyediaan Kew.8 Bayaran Insentif Tawaran Baharu (BITB) kepada pegawai yang terlibat di sekolah.

Untuk makluman lanjut, sila muat turun surat di bawah ;

Contoh Kew.8 BITB NKRA :- http://jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/1855/Contoh%20Kew.8%20BITB%20NKRA.pdf  

PP KPM Bil 2 Tahun 2014 :-
http://jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/1855/PP%20KPM%20Bil%202%20Tahun%202014.pdf

PENYERAHAN SURAT PELANTIKAN SEBAGAI KAKITANGAN SUMBER KEWANGAN DAN AKAUN DAERAH KUALA KANGSAR


Tahniah kepada Encik Abu Bakar bin Khalid dari SK Pos Sungai Pelantok, Sungai Siput (U) atas pelantikan sebagai Kakitangan Sumber Kewangan dan Akaun Daerah Kuala Kangsar Tahun 2014.

Beliau menggantikan tempat Encik Ahmad bin Puteh Osman dari SK Manong yang telah bersara pada 12 Jun 2014 yang lalu. Sehubungan itu bagi sekolah-sekolah di bawah seliaan Encik Ahmad sebelum ini boleh berhubung terus dengan Encik Abu Bakar sekiranya mempunyai masalah penyediaan gaji atau sebagainya.

Tahniah sekali lagi kepada Encik Abu Bakar dan selamat menjalankan tugas dengan penuh keiklasan dan tanggungjawab.

Sekian, dimaklumkan.


Khamis, 10 Julai 2014

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN BENGKEL eSPKWS SIRI 1/2014

Pihak Urusetia Bengkel eSPKWS mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Rosmadi bin Ismai,PPD Pembangunan Kemanusiaan dari Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar kerana sudi hadir untuk merasmikan majlis penutupan bengkel eSPKWS pada 9 Julai 2014.

Kepada penceramah Encik Mazlan dan Pn. Aishah juga diucapkan ribuan terima kasih kerana sanggup memberikan tunjukajar yang konsisten kepada peserta bengkel.

Kepada peserta bengkel diharapkan dapat memahami sepenuhnya modul-modul yang telah diterangkan secara teori dan praktikal oleh penceramah. Pihak Urusetia berharap semua peserta bengkel dapat melaksanakan sistem ini bagi urusan kewangan di sekolah. 

Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada Penolong Akauntan Daerah, Pn. Hairunnisa bt. Ramlee kerana memberi sepenuh kepercayaan kepada TOT Daerah bagi melaksanakan bengkel ini sehingga berjaya. Semoga bengkel ini akan dapat diteruskan kepada pembantu tadbir yang masih belum memahami sistem ini untuk dilaksanakan di sekolah.


                         URUSETIA BENGKEL eSPKWS SIRI 1/2014









Selasa, 8 Julai 2014

SALAM RAMADHAN





BENGKEL SISTEM PERAKAUNAN KUMPULAN WANG SEKOLAH SECARA ELEKTRONIK (eSPKWS) SIRI 1/2014

Bengkel yang telah diadakan adalah seperti di bawah :

Tarikh  : 7, 8 dan 9 Julai 2014 (Hari Isnin - Rabu)
Masa   : 8.30 pagi - 4.30 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat SJK(C) Tsung Wah, Kuala Kangsar
















Selasa, 24 Jun 2014

PENGUMPULAN MAKLUMAT BAGI ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA YANG LAYAK DINAIKKAN PANGKAT SECARA TIME BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN TAHUN 2015

Dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Perak melalui portal bertarikh 24/06/2014 sedang dalam proses pengumpulan data urusan kenaikan pangkat bagi Anggota Kumpulan Pelaksana bagi Tahun 2015.

Untuk keterangan lanjut, sila muat turun surat berkenaan di bawah:

http://jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/1753/PENGUMPULAN%20MAKLUMAT%20AKS.pdf

Rabu, 11 Jun 2014

MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA KEPTAN KALI KE2 TAHUN 2014

Dimaklumkan kepada semua Ahli Jawatankuasa KEPTAN Kuala Kangsar. Satu mesyuarat akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh    : 13 Jun 2014 (Jumaat)

Masa     : 3.00 petang hingga 5.00 petang  

Tempat  : Bilik Gerakan SJKC Tsung Wah, Kuala Kangsar

Agenda  : 1. Perutusan Pengerusi
               2. Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang Lalu   
               3. Perkara Berbangkit  
               4. Lantikan Biro-Biro  
               5. Hal-hal Lain

Dengan ini tuan/puan dijemput untuk hadir ke mesyuarat tersebut dan dengan kehadiran tuan/puan dapat memajukan lagi kesatuan ini, InsyaAllah.

Sekian, terima kasih.

SUHAIMI BIN ALANG KARIM
Setiausaha KEPTAN  
Cawangan Kuala Kangsar


Selasa, 10 Jun 2014

MAJLIS PERSARAAN ENCIK AHMAD BIN PUTEH OSMAN

Pada Hari Jumaat bersamaan 6 Jun 2014, Unit Kewangan PPD Kuala Kangsar telah mengadakan majlis meraikan persaraan Encik Ahmad bin Puteh Osman, seorang Kakitangan Sumber Kewangan dan Akaun Daerah Kuala Kangsar. 

Encik Ahmad bin Puteh Osman yang bertugas di SK Manong dan telah menjadi Kakitangan Sumber hampir 11 tahun bermula Tahun 2002. Beliau ditugaskan untuk menyemak gaji sekolah-sekolah di Zon Manong iaitu sebanyak 10 buah sekolah termasuk SMK Raja Muda Musa di Kuala Kangsar.

Encik Ahmad bin Puteh Osman akan bersara wajib pada 12 Jun 2014(Hari Khamis). Kepada Encik Ahmad diucapkan Selamat Bersara dan didoakan semoga kehidupan selepas persaraan akan lebih ceria, sentiasa dalam keadaan sihat walafiat serta dalam perlindungan Allah swt. 

Sudah Biasa Kita Dengari
Patah Tumbuh Hilang Berganti
Namun Tak Sama Pegawai Ini
Tak Mungkin Ada Galang Ganti

Banyak Duri Perkara Duri
Tidak Sama Duri Mengkuang
Banyak Budi Perkara Budi
Tidak Sama Budimu Seorang








Selasa, 3 Jun 2014

PENYEMAKAN SG 20 BULAN JULAI 2014

Sukacita dimaklumkan bahawa penyemakan SG20 bagi bulan Julai 2014 akan dibuat seperti tarikh berikut :

Tarikh   :  2 Jun 2014 (Isnin)
               3 Jun 2014 (Selasa)
               6 Jun 2014 (Jumaat) 

Masa    :  8.30 pagi hingga 1.00 tengahari

Tempat :  Bilik Seri Mahkota, PPD Kuala Kangsar

Sebarang masalah mengenai pembayaran gaji boleh berhubung dengan Kakitangan Sumber sekolah masing-masing pada tarikh-tarikh berkenaan.

Sekian, dimaklumkan.

Isnin, 2 Jun 2014

TATACARA BERPAKAIAN SEBAGAI TANDA MENGHORMATI KEMANGKATAN ALMARHUM DYMM SULTAN AZLAN SHAH

Sebagai tanda menghormati kemangkatan Almarhum DYMM Sultan Azlan Shah, semua penjawat awam dimohon untuk memakai Pakaian Gelap dan Bertudung Hitam bagi perempuan manakala Bersongkok Hitam dengan Lilitan Putih selebar 1 inci bagi lelaki selama 100 hari.

Sekian, terima kasih.

Rabu, 28 Mei 2014

PENGUMUMAN KHAS MENTERI BESAR PERAK MENGENAI KEMANGKATAN SULTAN PERAK SULTAN AZLAN SHAH






Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, 86 tahun mangkat pada pukul 1.30 tengahari dan jenazah baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas Solat Asar esok, umum Menteri Besar Perak Datul Seri Dr Zambry Abduk Kadir.

Baginda yang memerintah Perak selama tiga dekad  sejak ditabalkan pada 3 Feb 1984 akan disemayamkan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar untuk penghormatan terakhir.


Baginda meninggalkan Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun, seorang putera, Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah dan tiga puteri Raja Datuk Seri Azureen,Raja Datuk Seri Aleena dan Raja Datuk Seri Yong Sofia.


Anakanda ketiga baginda Raja Datuk Seri Ashman Shah telah mangkat pada 30 Mac 2012.

Al-Fatihah dan takziah diucapkan...



PERTUKARAN TARIKH: BENGKEL PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN SIRI 5 /2014

Bengkel yang dijadualkan adalah seperti ketetapan di bawah :


Tarikh  :    29 Mei 2014
Masa    :   8.30 Pagi - 1.00 Tengahari
Tempat :   PKG Sungai Siput


Ditunda Pada: 

Tarikh   :  05 Jun 2014
Masa    :  8.30 Pagi - 1.00 Tengahari
Tempat :  PKG Sungai Siput.



Sekian, terima kasih.

Sebarang pertanyaan hubungi Pn. Norafiza ditalian 012-4343180. 




PENYEDIAAN KEW.8 BAGI URUSAN PENJUMUDAN, PENGGABUNGAN DAN PINDAAN SKIM PERKHIDMATAN SERTA PERTUKARAN PELANTIKAN BERIKUTAN PELAKSANAAN PENAMBAHBAIKAN SKIM PERKHIDMATAN MENGIKUT PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 11,17,19 DAN 23 TAHUN 2013

JPN melalui surat edaran J.Pel.Pk.(AM)4931/5/Jld.3(62) bth. 22 Mei 2014 memaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Perak telak melaksanakan pemberian opsyen kepada semua perjawatan yang terlibat dalam penambahbaikan skim perkhidmatan mengikut Pek Perkhid Bil.9 hingga 35 Tahun 2013 yang berkuatkuasa mulai 1 Julai 2013 dan 1 November 2013.

Sebanyak 17 skim perkhidmatan telah terlibat dalam pemberian opsyen di bawah Pek Perkhid Bil.11,17,19 dan 23 Tahun 2013 bagi Jabatan ini yang melibatkan seramai 2,102 orang penyandang.

Lanjutan dari pemberian opsyen ini, pihak tuan/puan adalah dipohon untuk menyediakan Kew.8 bagi semua perjawatan yang terlibat.

Surat siaran berkenaan boleh dimuat turun seperti di bawah;

Jumaat, 23 Mei 2014

URUSAN PENEMPATAN HAKIKI JAWATAN PEMBANTU TADBIR (P/O) N22 (KUP) KE GRED N22 HAKIKI

JPN melalui surat edaran J.Pel.Pk(SULIT) 4773 Jld.10/(32) bth. 9 Mei 2014 memaklumkan akan memproses urusan penempatan Gred N22(KUP) ke Gred N22 secara hakiki bagi mengisi kekosongan jawatan Pembantu Tadbir (P/O) di Negeri Perak. 

Permohonan dibuka kepada Pembantu Tadbir yang telah dinaikkan pangkat secara time-based Gred N22(KUP) pada atau sebelum 31 Disember 2012. Borang permohonan beserta dokumen yang berkaitan hendaklah dikemukakan ke jabatan (u.p: Unit Naik Pangkat) dengan segera pada atau sebelum 26 Mei 2014.

Surat siaran dan maklumat lanjut boleh dimuat turun melalui capaian dibawah:

KESAHIHAN FADHILAT AMALAN DI DALAM BULAN REJAB

Bulan Rejab antara bulan yang ditunggu oleh kebanyakan umat Islam kerana dianggap bulan yang penuh keberkatan dan fadilat. Namun terdapat banyak persoalan yang dibincangkan dalam soal jawab agama mengenai kelebihan dan kekeliruan amalan di bulan Rajab terutamanya dengan melakukan puasa sunat.

Ini kerana terdapat banyak bahan bacaan di internet yang menghidangkan pelbagai kelebihan dan ganjaran yang menanti jika berpuasa sunat di bulan Rejab yang didakwa berpandukan hadith.

Antara contohnya seperti berikut:-
Ada riwayat menyatakan amalan berpuasa satu hari pada Rejab ganjaran pahalanya menyamai puasa 40 tahun dan diberikan syurga paling tinggi

Jika berpuasa dua hari, pahalanya dilipat gandakan, manakala amalan pahala pada 27 Rejab sama dengan pahala 40 bulan. Kalau dibuat pula sedekah pada hari berkenaan, pahalanya menyamai 1,000 tahun. Begitulah seterusnya dan pelbagai lagi

Namun ada pendapat dan pandangan berbeza menafikan amalan berpuasa pada Rejab. Hujahnya ialah riwayat hadis fadilat Rejab ialah dhaif, sangat dhaif dan maudhuk (palsu).

Maudhuk adalah hadis rekaan dan haram diamalkan manakala Dhaif boleh beramal tetapi tidak boleh digunakan sebagai hujah.

Penerangan lanjut boleh menonton video-video dibawah ;





Antara jawapan kepada persoalan mengenai kelebihan puasa Rejab yang diperoleh setelah menonton video di atas :
  • Jika diyakini ada fadilat Rejab walaupun hadisnya daif, namun diterima sebahagian ulama, maka beramallah. Amalan itu berdasarkan ilmu yang sudah digali.
  • Jika diyakini hadis mengenai fadilat Rejab adalah palsu dan sangat daif, maka tidak perlu beramal. Biarkan seketika amalan berkenaan. Lagipun jika ditinggalkan amalan, bukan satu kesalahan dan dosa

· Lagipun jika ditinggalkan amalan, bukan satu kesalahan dan dosa. Dengan penyebaran maklumat tentang kelebihan di bulan Rejab yang berpandukan hadis yang diragui ia sekali gus menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat yang ingin beramal.

Dalam pada itu, kesan kekeliruan mungkin membawa kepada gejala negatif dan tidak sihat sehingga mewujudkan golongan yang langsung tidak mahu berpuasa pada Rejab kerana tiada fadilat dalam hadis yang sahih menurut pandangan mereka.

Kesimpulannya sebelum memulakan sesuatu amalan, seeloknya biarlah berdasarkan neraca ilmu. Oleh itu, gali ilmu mengenai fadilat Rejab melalui pelbagai sumber yang sahih ataupun bertanya kepada ahli ilmu, ustaz dan ulama untuk memperoleh kefahaman lebih jitu dan sewajarnya. Wallahu'alam.


Jumaat, 11 April 2014

ZIARAH PENGERUSI KEPTAN SEMPENA PERSARAAN ENCIK MOKHTAR BIN ABD RAHMAN (SK BENDANG KERING) PADA 10 APRIL 2014






Pada 10 April 2014, Pengerusi dan Setiausaha KEPTAN Cawangan mengambil kesempatan untuk mengunjungi Encik Mokhtar bin Abd Rahman (SK Bendang Kering) di rumahnya sempena meraikan majlis persaraan beliau.

KEPTAN Kuala Kangsar mengucapkan ribuan terima kasih di atas perkhidmatan cemerlang beliau yang telah disumbangkan kepada Kerajaan dan Negara khususnya bagi Daerah Kuala Kangsar.


Akhir kata, selamat menempuh alam persaraan, semoga diberkati Allah swt, dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang murah dan umur yang panjang. Mohon kemaafan sebarang kesalahan daripada kami.

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME KETUA PEMBANTU TADBIR DAN PEMBANTU TADBIR DAERAH KUALA KANGSAR DAN HULU PERAK TAHUN 2014

PPD Kuala Kangsar melalui surat edaran PPD.KK.02/09/10 Jld.4 (8) bertarikh 10 April 2014 akan melaksanakan Kursus Profesionalisme Ketua Pembantu Tadbir dan Pembantu Tadbir Daerah Kuala Kangsar dan Hulu Perak Tahun 2014.

          Tarikh       : 16 April 2014 (RABU)

          Masa        :  08.00 pagi - 05.00 petang

          Tempat     :  Tasik Raban Resort, Lenggong

          Pakaian     :  Pakaian rasmi/kerja 


Untuk maklumat lanjut, sila muat turun surat di bawah:-

OPERASI DAN MELULUSKAN KEW.8 PENGGABUNGAN SKIM PPPS DAN PPPLD MENGIKUT P.P BIL.40 TAHUN 2013

PPD Kuala Kangsar melalui Unit Buku Perkhidmatan Pendidikan (BPK) dan surat edarannya bertarikh 09 April 2014 memaklumkan bahawa urusan memproses dan meluluskan penyata perubahan (Kew.8) Penggabungan Skim PPPS dan PPPLD mengikut PP Bil.40 Tahun 2013 akan diadakan pada ketetapan berikut:-


Tarikh   : 22 April 2014 (Selasa) untuk SK.

Tarikh   : 24 April 2014 (Khamis) untuk SJKC, SJKT dan SK Pos.

Masa    : 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Tempat : Bilik Seri Mahkota PPD Kuala Kangsar


Sekian, dimaklumkan.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KEPTAN KALI KE 17

Semua Ahli
KEPTAN Semenanjung Malaysia
Cawangan Kuala Kangsar

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung KEPTAN Cawangan akan diadakan pada ketentuan berikut :

SILA MUAT TURUN SURAT DI SINI....http://ppdkualakangsar.edu.my/gerbang/wp-content/uploads/downloads/2014/04/keptan1.pdf 

Sehubungan dengan itu tuan/puan adalah dengan segala hormatnya dijemput hadir ke mesyuarat tersebut.

Sekian, terima kasih.

Khamis, 3 April 2014

PENGEMASKINIAN MAKLUMAT PPP GRED DG32 (KUP) DAN DG29 YANG AKAN BERSARA PADA 2018 & 2019

JPN melalui surat edaran bth. 01/04/2014 merujuk kepada surat  dari Kementerian Pendidikan Malaysia, KP(PP) 0056/4/16 Jld.4(84) bth. 21/03/2014 mengenai pengemaskinian maklumat PPP Gred DG32(KUP) dan DG29.

Sehubungan dengan itu, sila lengkapkan maklumat-maklumat bagi pegawai-pegawai yang berkaitan di Lampiran 1 dan kemukakan ke Jabatan Pendidikan Perak secara faksimili terlebih dahulu di talian 05-5264605 (u.p: Unit Naik Pangkat) pada atau sebelum 7 April 2014.

Lampiran asal juga hendaklah dihantar secara pos ke Jabatan Pendidikan Perak (u.p: Unit Naik Pangkat) 

Surat siaran dan maklumat lanjut boleh dimuat turun melalui capaian di bawah.

http://jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/1474/PENGEMASKINIAN%20MAKLUMAT%20PEGAWAI%20PERKHIDMATAN%20PENDIDIKAN%20(PPP)%20GRED%20DG32%20(KUP)%20DA

Khamis, 20 Mac 2014

KELEBIHAN DAN SUNNAH HARI JUMAAT


Bagaimanakah nak jadikan setiap langkah anda sama dengan ibadah setahun berpuasa dan bersolat??.

Ramai di antara kita menunggu nikmat ganjaran dan pahala yang besar hanya dari bulan Ramadhan serta menunggu malam Lailatul-Qadar. Namun ada satu hari yang mana Allah meletakkan segala kebaikan untuk setahun padanya. Ia adalah hari Jumaat, penghulu segala hari. Sabda Rasulullah s.a.w: "Sebaik-baik hari yang diterbitkan matahari adalah hari Jumaat". Hari Jumaat telah dikhaskan kepada umat islam dengan penuh kebaikan, malah lebih baik dari bulan Ramadhan dan 10 malam terakhirnya. Sabda Rasulullah s.a.w: "Barangsiapa yang mandi, keluar awal berjalan kaki dan tidak menunggang. Kemudian menghampiri imam dan mendengar khutbah, maka pada setiap langkahnya, dia dikurniakan ganjaran berpuasa dan solat selama setahun". Subhanallah, siapa yang taknak kan ganjaran yang sebegini besar. Begitulah apa yang disimpulkan tentang etika dan adab-adab yang boleh diamalkan pada hari Jumaat.

Adab Bersedia Menyambut Hari Jumaat.

Mandi, sesetengah ulama' mewajibkannya kerana Rasulullah s.a.w bersabda: "Mandi Jumaat adalah wajib kepada mereka yang baligh". Iaitu wajib keatas setiap orang yang baligh.
Memakai dan menyimpan pakaian yang terbaik untuk hari Jumaat. Sudah tentulah yang terbaik adalah pakaian yang berwarna putih. Ia adalah sunnah kerana Rasulullah sukakan warna putih.
Memakai wangi-wangian seperti minyak atar dan haruman-haruman lain. 
Memotong kuku dan mencukur atau menggunting bulu yang dibolehkan.
Melumurkan badan dengan losyen ataupun krim.


Inshaa'Allah..jika 5 adab ini kita amalkan, maka kita telah mengamalkan sunnah Rasulullah pada hari Jumaat.

Adab Keluar Ke Masjid.

Berjalan selagi mampu jika masjid berdekatan. Ataupun boleh memandu kemudian berjalan dari keretanya ke masjid. Ianya akan dihitung dan inshaa'Allah akan mendapat ganjaran dari Allah.
Keluar awal dan masuk ke dalam masjid sebelum imam berada di mimbar. Rasulullah s.a.w bersabda: "Di setiap pintu masjid ada Malaikat yang menulis nama mereka yang memasuki masjid mengikut urutan. Ketika imam naik keatas mimbar, Malaikat akan menutup lembaran nama itu untuk mendengar khutbah".
Menunaikan solat sunat tahiyyatul masjid. Rasulullah mengarahkan supaya kita tidak duduk sebelum menunaikan solat sunat tahiyyatul masjid. Walaupun khatib tengah membaca khutbah sekalipun, kita tetap disunatkan untuk menunaikan solat sunat tahiyyatul masjid.
Sunat untuk duduk berhampiran imam. Rasulullah s.a.w bersabda: "Baginda mendekati imam lalu mendengar khutbahnya". Memberi perhatian kepada khutbah yang disampaikan. Kalau kita tengok sekarang, ramai yang tidur dan bermain handphone ketika khutbah disampaikan dan secara automatik mereka yang lalai ni akan terlepas ganjaran besar yang diberikan kepada mereka yang mendengar khutbah. Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa menggerakkan batu dan bercakap-cakap ketika mendengar khutbah, maka dia telah melakukan perkara yang sia-sia. Barangsiapa yang melakukan perkara yang sia-sia, maka tiadalah pahala Jumaat untuknya".


Amalan Pada Hari Jumaat & Malam Sebelumnya.

Membaca surah Al-Kahfi, Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi  di hari Jumaat, dia akan disinari cahaya sehingga hari Jumaat yang seterusnya". Ia juga akan melindungi kita daripada fitnah Dajjal.

Perbanyakkan selawat kepada Rasulullah s.a.w.. Rasulullah bersabda: "Banyakkanlah berselawat kepadaku di hari Jumaat dan malam sebelumnya". Jika kita berselawat kepada Rasulullah s.a.w sekali, Allah akan berselawat kepada baginda sebanyak 10 kali. Selawat dari Allah adalah rahmat.

Banyakkan berdoa dan menunggu saat doa dimakbulkan. Rasulullah s.a.w bersabda: "Terdapat satu masa di hari Jumaat, jika seseorang muslim berdoa, doanya pasti akan dimakbulkan oleh Allah". Kebanyakan para ulama dan para sahabat Rasulullah s.a.w mengatakan bahawa saat doa dimakbulkan adalah ketika matahari mula terbenam (senja).

Pupuklah rasa mahabbah kita kepada Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w, agar kita sentiasa menjadi hamba yang bertaqwa dan mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah setakat ni jelah  dapat kongsikan serba ringkas dengan pembaca.

Tazkirah ini dari Ustaz Habib Mohammed Alsaggaf. Tazkirah yang disampai beliau sangat bermanfaat untuk kita dengar dan ambil pengajaran. Semoga ape yang ambe kongsikan di atas bermanfaat kepada semua, inshaa'Allah. Salam Jumaat, wassalam

MESYUARAT JAWATANKUASA KEPTAN KALI KE. 1/2014

Dimaklumkan bahawa mesyuarat AJK KEPTAN akan diadakan seperti ketentuan berikut :

          Tarikh     :   25 Mac 2014 (Selasa)
          Masa      :   2.30 Petang
          Tempat   :   Bilik Mesyuarat SJKC Tsung Wah, Kuala Kangsar
          Agenda   :   a) Ucapan Pengerusi
                           b) Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang Lalu
                           c) Perkara Berbangkit
                           d) Penetapan Mesyuarat Agung
                           e) Hal-hal Lain

Sehubungan dengan itu semua AJK diwajibkan HADIR ke mesyuarat di atas. demi kemajuan kesatuan ini. Sekian, terima kasih.

PENGEMASKINIAN MAKLUMAT AHLI KEPTAN TAHUN 2014

Untuk makluman semua Ahli KEPTAN Cawangan Kuala Kangsar, sila berhubung terus dengan Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Naib Pengerusi dan Setiausaha dengan SEGERA bagi membuat pengesahan dan pengemaskinian maklumat kedudukan jawatan tuan/puan.

Maklumat yang sediada akan digunapakai sekiranya tiada pengesahan dan pengemaskinian daripada tuan/puan.

Butiran maklumat adalah seperti di bawah :

1) Nama Tempat Bertugas
2) No. Kad Pengenalan
3) Tarikh Lantik Semasa
4) Tarikh Sah Semasa
5) Tarikh Penempatan Di Sekolah Semasa
6) Alamat Terkini
7) No. Fail Peribadi

Sekian, terima kasih.

Rabu, 5 Mac 2014

KESEDIAAN SEKOLAH-SEKOLAH DALAM PELAKSANAAN SISTEM PERAKAUNAN KUMPULAN WANG SEKOLAH SECARA ELEKTRONIK (eSPKWS)

PPD Kuala Kangsar melalui surat edaran bth. 04/03/2014 merujuk kepada surat dari Bahagian Akaun KPM - KP.AK.SEK/500-6 Jld 8 (22) bth. 07/02/2014 dan surat Jabatan Pendidikan Perak - J.Pend.Pk(Kew.)3536 Jld.IX bth. 28/02/2014 sedang menjalankan pengumpulan data yang lebih terperinci mengenai pelaksanaan eSPKWS di sekolah-sekolah.

Sehubungan dengan itu sila muat turun dan lengkapkan format Lampiran A seperti di bawah dan hantar ke Unit Kewangan PPD sebelum 7.3.2014 (Jumaat) tanpa GAGAL.

http://ppdkualakangsar.edu.my/gerbang/wp-content/uploads/downloads/2014/03/kesediaan.pdf

TAKLIMAT PEKELILING PELAKSANAAN PENGGABUNGAN SKIM PPPS DAN PPPLD BIL. 40 TAHUN 2013

PPD Kuala Kangsar melalui surat edaran PPD.KK.01/02/01 Jld.  (7)  bertarikh 04 Mac 2014 akan melaksanakan taklimat Pekeliling Pelaksanaan Penggabungan Skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Bil.40 Tahun 2013.

          Tarikh     : 12 Mac 2014 (Rabu)
          Masa      : 08.30 pagi
          Tempat   : Dewan PPD Kuala Kangsar

Untuk maklumat lanjut, sila muat turun surat di bawah :-

Isnin, 24 Februari 2014

PEMBERITAHUAN PEMAKAIAN BAJU KORPORAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Garis panduan ini adalah bagi penyeragaman pemakaian baju korporat supaya ianya menjadi identiti di kalangan pegawai/kakitangan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sehubungan dengan itu sila muat turun garis panduan di bawah ini bagi memastikan ianya dipatuhi sepenuhnya demi meningkatkan imej korporat KPM.

PERMOHONAN MAKLUMAT AKADEMIK TERTINGGI KETUA PEMBANTU TADBIR DAN PEMBANTU TADBIR (P/O)

Sukacita dimaklumkan bahawa KEPTAN Cawangan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersama KEPTAN Johor, Melaka, Terengganu dengan kerjasama KEPTAN Semenanjung Malaysia sedang menyediakan Kertas Cadangan Penambahbaikan dan Laluan Kerjaya Skim Pembantu Tadbir di Kementerian Pendidikan Malaysia.

Untuk makluman dan keterangan lanjut sila muat turun kenyataan di bawah:-

Sabtu, 1 Februari 2014

PEMBERITAHUAN : LOGO KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


RASIONAL
Seperti lurusnya huruf Alif, penggunaan huruf 'I' melambangkan INSAN, ILMU dan IMAN. 3 'l' ini adalah teras konsep logo ini. Pendekatan menggunakan huruf atau typography adalah berdasarkan pengertian bahawa manusia yang pada masa hidupnya, berada pada jalan yang lurus sebagaimana huruf ‘I’ itu. Kegunaan huruf 'I' umpama lurusnya 'Alif' melambangkan insan dan iman, juga membawa pengertian ILMU kerana Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat. Ilmu juga diklasi fikasikan sebagai pengetahuan atau kepandaian yang merangkumi semua bidang yakni duniawi mahupun ukhrawi. Ilmu juga ditakrifkan sebagai pemindahan roh atau jiwa daripada kegelapan kepada kecerahan dan sebagai suatu kebenaran dan keyakinan.
Logo ini menggunakan dua ‘P’ dan dua ‘I’ melambangkan dua peringkat pendidikan iaitu Sistem Sekolah dan Sistem Pengajian Tinggi. Hurup ‘P’ yang bertingkat ke arah 'I' melambangkan tahap-tahap kecemerlangan pendidikan Malaysia. Bentuk Bulat melambangkan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang bersifat global. Dari segi warna,biru bermaksud profesionalisma dalam sistem pendidikan negara. Kuning keemasan melambangkan kecemerlangan. Putih melambangkan sistem pendidikan yang bermutu tinggi dan membentuk insan yang berkualiti dan berakhlak mulia.

Rekabentuk oleh:
Prof. Dato’ Dr Ahmad Zainuddin & Mohd Faizal Ahmad
(Majlis Rekabentuk Malaysia