Isnin, 7 November 2016

MAKLUMAT / HEBAHAN LARIAN HARI KEPUTERAAN SULTAN NAZRIN SHAH 2016

Pihak Jawatankuasa Penganjuran mempelawa warga dan bukan warga Malaysia mengambil bahagian dalam program Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah 2016 sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang akan diadakan seperti jadual di bawah.

TARIKH : 13 NOVEMBER 2016 (AHAD)

MASA MULA : 6.45 PAGI

TEMPAT : DATARAN PAVILLION, JALAN TUN RAZAK, KUALA KANGSAR

KATEGORI PENYERTAAN :

1. Lelaki Terbuka (18 tahun & keatas)
2. Lelaki Veteran (40 tahun & keatas) 
3. Wanita Terbuka (18 tahun & keatas)
4. Wanita Veteran (35 tahun & keatas)
5. Lelaki Terbuka (16 tahun & keatas)
6. Wanita Terbuka (16 tahun & keatas)
7. Remaja Lelaki (13 tahun & keatas)
8. Remaja Perempuan (13 tahun hingga 15 tahun)

maklumat lanjut sila muaturun surat hebahan di bawah

PENYEMAKAN GAJI BULAN DISEMBER 2016

Unit Kewangan PPD Kuala Kangsar melalui suratnya  PPD.KK.02/08/ SG20/Jld.5 (20) bth. 2 November 2016 adalah berkaitan perkara di atas.

Dimaklumkan bahawa penyemakan gaji bulan Disember 2016 akan diadakan seperti ketetapan di bawah :

Tarikh : 08 - 09 November 2016

Masa : 08.00 pagi hingga 01.00 tengahari

Tempat : Bilik Seri Mahkota PPD Kuala Kangsar

Sebarang kemusykilan tuan/puan mengenai gaji dan kewangan boleh berjumpa dengan Kakitangan Sumber Kewangan dan Akaun Sekolah (KSKA) pada hari yang berkenaan. 

Sekian, terima kasih.

Khamis, 3 November 2016

LAWATAN PENANDA ARAS KEPTAN KUALA KANGSAR KE BAHAGIAN PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET KEMENTERIN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEPTAN Kuala Kangsar akan mengadakan lawatan Penanda Aras ke Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset Kementerian Pendidikan Malaysia seperti ketetapan di bawah :

Tarikh : 17 dan 18 November 2016
Penginapan : WH Hotel, Kuala Lumpur
Tambang : RM50.00 seorang

1. Lawatan adalah terbuka kepada Ahli yang berminat.
2. Tempat adalah terhad (31 tempat duduk) sahaja.
3. Surat panggilan rasmi akan dikeluarkan oleh pihak Pejabat Pendidikan  
    Daerah Kuala Kangsar kepada ahli rombongan.
4. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi Pengerusi Biro 
    Lawatan, Pn Zurita bt. Othman di talian 019-3926997.

Tempat adalah terhad dan janganlah lepaskan peluang anda..

Sekian dimaklumkan.

Pengerusi KEPTAN Kuala Kangsar

PERMOHONAN PENGIRAAN SEMULA FAEDAH PERSARAAN

Jabatan Pendidikan Perak melalui suratnya J.Pend.Pk.(AM) 1933/20 Jld.31 (82) bth. 2 November 2016 adalah berkaitan.

Sila muaturun surat di bawah dan mengemukakan permohonan pegawai yang terlibat beserta dokumen yang dikehendaki ke Unit Perjawatan dan Perkhidmatan dengan kadar segera. Sebarang pertanyaan sila berhubung terus dengan unit berkenaan ditalian 05-5015051 / 5015052.

Sekian, dimaklumkan.